Assalamu'alaikum
warahmatullahi wabarakatuh
AURAT
SEORANG MUSLIMAT
1. Bulu
kening
Menurut
Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki
memakai gelang berlonceng
Dan
janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31). Keterangan : Menampakkan
kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya
pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka
itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang
hidong belang – Petikan dari Hadist Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat
31.
5. Gigi
Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan
Tangan
Asma Bin Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah
saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani
dan Baihaqi.
9. Mata
Dan
katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.
Sabda Nabi
Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmidzi.
10. Mulut
(suara)
Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al-Ahzab
Ayat 32.
Sabda
Rasululla SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Apabila seorang perempuan
itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang
ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun
yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang mencolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah.
Petikan dari
Surah Al-Ahzab Ayat 59. : Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya
sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku
Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wa'allahu'alam..
SEMOGA
BERMANFAAT BAGI KITA SEMUA SEBAGAI SEORANG UMAT MUSLIM DAN MUSLIMAT
No comments:
Post a Comment
Silahkan anda berkomentar, namun tetap jaga kesopanan dengan tidak melakukan komentar spam.